Aku tak suka perasaan begini bila ia datang . Ia buat aku malas makan dan err . . Malas mandi ! Ia buat aku mahu duduk di dalam bilik , membaca dan menulis (belakangan ni memang itu saja yang aku buat) . Tapi macam mana mahu membaca dan menulis kalau otak ligat berputar dan hati tak tenang ? Aku harap semuanya akan kembali lancar seperti biasa esok . Bila semuanya lancar , barulah aku boleh makan nasi lemak lauk ayam + sotong yang Bik Nor buat tu dengan tenang !