Setiap hari , minit dan saat ini akan aku raikan sementara masih ada . Anggap sajalah ianya pinjaman . Macam buku2 yang dipinjam dari perpustakaan . Sudah habis dibaca perlu dikembalikan semula . Yang tinggal hanyalah cerita2 disetiap bab2 di dalam buku2 yang telah habis dibaca . Tersemat rapi dalam otak aku . Waktu itu mungkin aku akan nyanyikan lagu 'Never Be Replaced' , nyanyian kumpulan 1st Lady untuk menenangkan hati sendiri . Atau , menyanyikan lagu2 yang kamu suka . Buat masa ini , aku mahu tenang2 . Aku mahu kita bergembira , raikan apa yang kita ada , berdua .